BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 11, 2009

rintihan seorang hamba

Sedar tak sedar, kita telah berada di 10 malam terakhir Ramadhan iaitu malam keampunan. Namun jauh di sudut hati terasa sangat sayu dan sedih mengenangkan Ramadhan akan berakhir..Ramadhan akan pergi meninggalkan kita…Adakah kita masih sempat untuk menjalani tarbiyah Ramadhan lagi pada tahun hadapan?..tiada siapa yang tahu..hanya Allah SWT..yang Maha Mengetahui segala-galanya…
Selama hampir sebulan menjalani ibadah puasa, setiap malam yang dilalui adakah diisi dengan Qiamullail,bertadar us,berzikir? ...Beruntunglah bagi mereka yang hidupkan malam2 Ramadhan dgn bertaqarrub kpd Allah…namun alangkah ruginya kita di golongan ini apabila mensia2kan peluang yang Allah hadiahkan ini….Apakah kita masih akan dberi nikmat ini lagi? Astaghfirullahalazi m…maafkanlah keterlanjuran hamba2Mu ini ya Allah…

Kita begitu leka..lalai. .sering melupakan Allah…walaupun Dia sentiasa akan mndengar rintihan hambaNya…namun hambaNya begitu angkuh,sombong, malah sering bertolak dan berdalih dari menagih cinta dari Tuhannya yang menciptak kita..yang memelihara kita dari segala-galanya. .apa yang sering kita kejar adalah nikmat dunia..cinta manusia…

Sekiranya umur kita masih ALLAH pinjamkan untuk masa2 terdekat ini…aku berdoa agar diri ini, saudara2ku.. dan seluruh ummat Islam ini akan memanfaatkan. .menggunakan dan benar2 menghargai nikmat mnjalani tarbiyah di bulan yang mulia ini… kerana yang amat pasti Allah tidak akan pernah melupai hambaNya..Cuma hambaNya sahaja yang sering melupakanNya…

Dan ini ku kirimkan bingkisan Ramadhan yang dicoretkan oleh saudara kita untuk muhasabah kita bersama….

Ramadhan....
yang bakal pergi....
bertamu di ruang rahmat-Mu... .
beradu di kamar maghfirah-Mu. ..
bersimpuh dalam dingin dakapan,
yang melindungi hamba-Mu dari kepanasan jahannam....

Aku gundah...
Aku resah....
apakah usia masih bersisa....
atau garis hayat sudah dipenghujungnya. ....

Hati....
sudahkah kau bersedia....
mendakap tamu yang bakal pergi...
atau pintumu masih tertutup...
lantaran karat bersadur dosa....

Ya Allah....
hilangkanlah kegundahan.. ..
hapuskanlah keresahan... .
biar hati ini sempat lagi dibuka....
untuk meraikan tamu-Mu....
yang Kau hadirkan bersamanya
segunung rahmat selautan keampunan...

Dahulu…
Sekeping hati buas dirempuh,
Secebis iman dimamah rakus,
Dirempuh syaitan yang memacu,
Dimamah iblis yang memandu…

Kini…
Terikat kaki yang memacu,
Terkunci sendi yang memandu,
Yang tinggal di sudut Ramadhan ini,
Hanyalah secebis iman dan sebongkah nafsu,

Yang saling berebut,
Yang saling bergelut,
Rebut dan gelut untuk memenangi,
Seketul daging yang bernama hati…

Ya Allah…
Hati ini cukup lemah...begitu rapuh,
Lemah dalam pergelutan,
Rapuh dalam perebutan…
Dengan rahmat-Mu yang ampuh,
Kupohon agar jiwa ini terasuh,
Semoga liar hatiku terdidik patuh….

Terasuh taat kepada-Mu,
Terdidik mengingkari musuh durjana Mu,
Agar dipenghujung noktah Ramadhan ini,
Hati ini kembali teguh dan suci,
Biarpun bebas yang terikat dan yang terkunci,
Ia tidak lemah dan rapuh
Untuk dirempuh lagi....




p/s: sumber=http://groups.yahoo.com/group/remaja_masjid/message/252
(nursyawana)

10 wasiat Imam Al-Banna

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan,
usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada
sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan di situ ada sumber taufiq
perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat
di awalnya,perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat.. Juga di medan perang.
Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya,selalulah berzikir
dan cari ilmu walaupun sedikit,kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan.
Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu,sumber hidayah kepada anda,
bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal
dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus
berzikir!!! Di sini ada ketenteraman,di sini ada kedamaian,di sini ada kesalaman
Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai bahasa Al-Quran, mulakan dulu
walaupun sepatah perkataan, sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda
solat setiap hari, sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama
menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan
bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika
kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain
membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!!
Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum,beliau ketawa kena pada
tempatnya,tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar
pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh hanyalah
disaksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle
berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan
yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan supaya tidak menular
Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan,tanpa serius,
hilanglah kesungguhan !!! tanpa bergurau, tawarlah kehidupan,kata seorang
penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir.ubati dengan
bergurau tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti
kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku,kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di
depanmu,Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakiti hati orang lain
pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara
pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! dalam Surah Luqman & surah
al-Mulk ade menerangkan supaya kita melunakkan suara bila bertutur.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat, usahlah merendah-rendahkan pertubuhan
lain,bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak
sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan
bersama. Sukakah anda memakan daging?? pasti anda suka!! Tapi sukakah anda
memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa
orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat ,tapi mesti minta ampun
terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan
syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, luaskanlah interaksimu dengan umat manusia sekalipun mereka
tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam
kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...!
Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai
lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama
menjunjung obor suci ,tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain
supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di
hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda
Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7
kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara
meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..





sumber= http://groups.yahoo.com/group/remaja_masjid/message/240
(nesreen)